Penduduk setinggan diami penempatan baharu

webmaster

GUA MUSANG: Ramai bekas setinggan di sekitar bandar ini terselamat daripada bah besar yang melanda akhir 2014 kerana berpindah lebih awal ke penempatan baharu diwujudkan kerajaan negeri.

Sehingga kini tiga penempatan diwujudkan di Dun Galas iaitu Tanah Putih, Kampung Kundur dan Kampung Kerinting.

Malah penempatan tersebut kini menjadi kawasan pertumbuhan baru terutamanya di Tanah Putih, turut dilengkapi sekolah dan projek perumahan komersial.

Penyelia Dun Galas Suhaimi Deris berkata sebelum ini penduduk di penempatan baharu tersebut tinggal di kawasan setinggan di sekitar bandar lama Gua Musang.

Antaranya Kampung Tiong, kawasan sekitar stesen kereta api lama, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir, tanah kereta api di sepanjang landasan dan pinggir Sungai Galas.

“Sebahagian penduduk yang tinggal di kawasan tersebut diberi lot di penempatan yang diwujudkan kerajaan negeri sejak awal 1990-an.

“Di Tanah Putih sekarang terdapat lebih 500 rumah yang dibina penduduk. Selain itu terdapat juga dua projek perumahan rakyat termiskin,” katanya di sini.

Kata beliau penduduk yang lebih awal berpindah ke Tanah Putih terselamat daripada banjir besar akhir 2014 kerana kedudukannya lebih tinggi.

Bagaimanapun beliau juga tidak menafikan masih ada penduduk yang diberi lot di penempatan baharu belum berpindah dan kekal mendiami kawasan setinggan.

“Kalau dahulu memang tidak banyak kemudahan asas di kawasan tersebut, namun sekarang sudah jauh berubah. Sekolah pun sudah ada.

“Malah kerajaan negeri merancang membangunkan kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan premis perniagaan,” katanya.

Tanah Putih terletak di laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis. Sepanjang jalan ke penempatan tersebut pesat membangun premis perniagaan. – HARAKAHDAILY 17/2/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelaksanaan DLP Perlu Penelitian Semula

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia PERLAKSANAAN DLP PERLU PENELITIAN SEMULA 1. DPPM menggesa kerajaan supaya meneliti semula perlaksanaan Program Dwi Bahasa (DLP) yang mula dilaksanakan projek rintisnya di 300 buah sekolah rendah dan menengah kebangsaan bermula Januari 2016. 2. Meskipun memahami keperluan bagi penguasaan terhadap Bahasa Inggeris merupakan sesuatu […]

Subscribe US Now