PENDUDUK TERJEJAS TERIMA BANTUAN

webmaster

oleh Che Maziah Mat

PASIR PUTEH : Sejumlah 82 keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerima bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM 500 bagi setiap isi keluarga beserta pek makanan hasil sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertempat di Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah.

Menurut Ketua Jajahan Pasir Puteh Haji Ab. Pattah Bin Hasbullah, dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan beban penduduk yang terjejas, serta mereka yang hilang punca pendapatan agar terus bersabar dengan ujian daripada Allah SWT.

Menurutnya lagi, menyedari apa yang berlaku pihak kerajaan sentiasa menjaga kebajikan dan keutamaan rakyat khususnya apabila ditimpa bencana, kesusahan dan sebagainya.

Majlis pengurniaan sumbangan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz Yang juga sebagai YDP MAIK kepada Ketua Jajahan Pasir Puteh sebagai mewakili keluarga yang terlibat.

Pada majlis yang sama juga turut diadakan sumbangan kepada pondok Falahiah sejumlah RM 5000, menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh MAIK adalah berjumlah RM 46,000.

Hadir sama Yang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj, Timbalan Yang Dipertua MAIK YAbrs Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Puteh Dr. Zawiyah Dolah bagi mewakili YABhg. Dato’ Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.- UPKN KELANTAN 17/12/2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PROJEK JAMBATAN PALEKBANG DAN PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG LAUT BAKAL TINGKATKAN SOSIOEKONOMI RAKYAT

oleh Che Maziah Mat TUMPAT – Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed mengadakan lawatan bersama untuk meninjau perkembangan projek-projek kerajaan persekutuan yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini. Antara projek […]

Subscribe US Now