Penduduk terlibat Kg Warisan dibela kerajaan negeri

mbtaklimatKOTA BHARU: Kerajaan negeri mengunakan pendekatan berhemah bagi memastikan nasib 13 penduduk di Kampung Laut yang terlibat projek Kampung Warisan terbela.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kebanyakan kediaman di kawasan terbabit tidak mempunyai status tanah yang jelas termasuk tanah pusaka.

“Bagi saya sebagai wakil rakyat bersetuju kerana pendekatan kita bayar pampasan tanah dan rumah terlibat. Kita nilai dan bayar juga,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas isu yang ditimbulkan pihak tertentu sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk terlibat.Malah penduduk terbabit juga dipercayai didalangi pihak tertentu mengadakan demontrasi baru-baru ini bagi membantah projek Kampung Warisan.

Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan menjelaskan, kerajaan negeri menyediakan tapak baru bagi menempatkan semula penduduk yang tidak mempunyai tanah.

“Mereka diberi tanah untuk tapak rumah mereka dan kalau tergolongan dalam  asnaf atau dhuafat, kita akan bina kediaman bagi mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) sudah mengenal pasti individu berkenaan iaitu seramai lapan orang.

Timbalan Mursyidul ‘Am PAS itu memberi jaminan penduduk yang terlibat dengan projek itu tidak mengalami sebarang kerugian bahkan menguntungkan mereka.

“Mereka tidak perlu risau, kita beri tapak rumah dan kita buat rumah, itu merupakan jaminan kerajaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2016

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment