Penekanan terhadap penguatkuasaan dan penjagaan Sungai Kelantan dari sebarang pencemaran

Pagi ini saya merasmikan Bengkel Pemantauan dan Penguatkuasaan Pencemaran Air Sungai Kelantan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim.

Nikmat sungai yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada negeri ini merupakan satu nikmat yang sangat besar. Sungai Kelantan merupakan nadi kehidupan yang penting, sumber air minuman dan sumber rezeki kepada rakyat negeri ini khususnya dalam bidang perikanan, pertanian dan juga penternakan.

Saya menekankan bahawa kepentingan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersama-sama dengan agensi-agensi yang terlibat bagi memastikan penguatkuasaan kebersihan sungai ini sentiasa diberi keutamaan dan ditekankan dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah melalui Mesyuarat Majlis Air Negara Bil 1 2019 pada 25 Februari 2019, sungai-sungai di Negeri Kelantan tidak termasuk di dalam 32 sungai tercemar dengan bahan kimia di dalam negara ini. Saya menyeru selain daripada penguatkuasaan yang dibuat, marilah sama-sama kita menjaga nikmat Allah SWT ini iaitu sungai-sungai supaya sentiasa bersih. Semoga hasil daripada bengkel yang diadakan, akan dapat memberi nilai tambah kepada kerajaan bagi memantau pencemaran sungai di negeri ini.

Turut bersama Dato’ Sr. Haji Zamri bin Ismail, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan dan Tuan Haji Hassan bin Yaakob, Pengarah PlanMalaysia Kelantan.

Ikuti info semasa YB Dato’ Azami di:
? Like Page : https://facebook.com/azamimnor/
 Follow IG : http://www.instagram.com/azami_mnor
? Follow Twitter: http://www.twitter.com/azami_mnor

Sumber: https://www.facebook.com/azamimnor/posts/1299500356866668

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment