PENERBANGAN TERUS SINGAPURA-KOTA BHARU

webmaster

Oleh: Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU: Sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Singapura menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi ketujuh di Malaysia.

Penumpang menerima cenderahati disampaikan Ustaz Hassan Mohamood

Sebelum ini Scoot mengadakan penerbangan terus dari Singapura ke Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, Kota Bharu menjadi pilihan ketujuh bagi melaksanakan operasi di Malaysia.

Kata beliau pihaknya menyediakan tiga penerbangan pergi balik antara Singapura dan Kota Bharu setiap minggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat.

“Penumpang dari Kota Bharu boleh menjimatkan lebih dua jam masa perjalanan dengan terbang secara terus ke Singapura tanpa perlu berhenti di Kuala Lumpur.

“Kami memilih ibu negeri Kelantan kerana keindahan alam semula jadinya,” ujarnya ketika ditemui selepas pendaratan sulung penerbangan tersebut di sini kelmarin.

Ketibaan penumpang pesawat itu disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Dato’ Hassan Mohamood.

Seramai 130 penumpang menyertai penerbangan sulung Scoot dari Singapura menggunakan pesawat A320. – HARAKAHDAILY 4/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11805-penerbangan-terus-singapura-kota-bharu

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TIADA PAKSAAN ATLET WANITA PATUH SYARIAH

Oleh: Syahirah Salleh KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian tiada paksaan terhadap mana-mana atlet wanita negara untuk berpakaian patuh syariah dalam permainan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau menjelaskan pendirian tersebut setelah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mengajukan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi […]

Subscribe US Now