PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH MENDEKATKAN MASYARAKAT PADA AL-QURAN

KOTA BHARU – Penganjuran majlis tilawah dan menghafaz al-Quran adalah merupakan usaha yang terpuji sekaligus mampu merangsang minat dan kecenderungan ahli masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sebagaimana tuntutan al-Quran.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444/2023M di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, baru-baru ini.

Katanya, sesuai dengan tema “Al-Quran Asas Penyatuan Ummah” yang mana Islam mahukan umatnya bersatu padu kerana dengan penyatuan dan kesatuan akan memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada umat Islam.

“Al-Quran selain kitab untuk dibaca ia juga mampu menjadi penawar bagi hati dan fikiran seterusnya mampu mengubah dan meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah saw dalam mengembalikan umat Islam kepada asas agama dan rohani yang lebih baik.

Melalui pengisian kerohanian yang lebih baik akan dapat membentuk tingkah laku serta akhlak individu muslim dalam menampilkan imej Islam kepada dunia,” katanya.

Tambahnya, penyatuan yang berasaskan ketentuan di dalam al-Quran adalah penting bagi umat Islam bagi mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

Sumber

(Visited 12 times, 2 visits today)

Add Comment