Penganut pelbagai agama gembira tinggal di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Ketua-ketua agama di Kelantan yang terdiri daripada Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menyatakan kesyukuran dan gembira berada di bawah kerajaan negeri sekarang.

Menteri Besar bersama ketua-ketua agama di Kelantan.

Presiden Majlis Perundingan Malaysia Dr JP Kamalanathan berkata, sepanjang berada di bawah kerajaan yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, tiada sebarang tindakan yang mengganggu kebebasan beragama.

“Kami boleh mempraktikkan ajaran masing-masing dengan bebas tanpa sebarang gangguan,” ujarnya pada pertemuan dengan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob di Kota Darulnaim semalam.

Hadir sama Rev Fr Francis Andrew mewakili Kristian, Alex Chai Kee mewakili Buddha, S/I (R) Gormok Sing mewakili Sikh dan beberapa lagi wakil lain.

Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassruddin Daud, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato’ Hassan Mohamood dan Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua. – HARAKAHDAILY 15/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10648-penganut-pelbagai-agama-gembira-tinggal-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Contohi kejayaan usahawan tani Thailand

KOTA BHARU: Usahawan Kelantan boleh menjadikan Thailand sebagai contoh bagi memajukan lagi bidang pertanian. Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, petani dan usahawan tani di negara terbabit begitu maju khususnya dalam sektor pertanian. “Jadi amat tidak rugi kalau kita menimba ilmu pengetahuan daripada pengusaha negara terbabit yang sudah berjaya,” katanya […]

Subscribe US Now