Penggal ke-13 tiada kelulusan projek ladang hutan

webmaster

KOTA BHARU: Sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran penggal ke-13 tidak ada sebarang kelulusan baru projek ladang hutan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, tiada kelulusan itu yang meliputi projek getah klon balak, pelbagai spesies, ladang batai dan mozak.

Selain itu katanya tidak ada juga kelulusan bagi pengecaman dalam hutan simpan.

“Segala aktiviti pembalakan yang sedang berjalan sekarang adalah kelulusan yang telah dibuat pada penggal lepas,” katanya selepas mesyuarat kali terakhir penggal ke-13 di Kota Darulnaim, hari ini.

Baru-baru ini Naib Presiden PAN, Husam Musa hadir di Kompleks Kota Darul Naim bagi menghantar notis bantahan kepada Menteri Besar berhubung mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan.

Husam mendakwa, mesyuarat itu dijangka meluluskan beberapa projek pembalakan baharu, sedangkan ia tidak boleh dilakukan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ekoran itu Jabatan Perhutanan membuat laporan polis terhadap Husam berhubung dakwaan kononnya Jawatankuasa Kecil Perhutanan meluluskan projek pembalakan baharu.

Pengarahnya, Dato’ Zahari Ibrahim menjelaskan tiada sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan pada mesyuarat tersebut. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelajar cemerlang diberi sumbangan RM500

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meneruskan sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, Sijil Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini. Pelajar terbabit disyaratkan mendapat kelulusan SPM 9A ke atas, STPM (4P A) dan STAM pangkat Mumtaz. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ […]

Subscribe US Now