Penghargaan buat johan Tilawah al-Quran

KOTA BHARU – Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk memberi penghargaan kepada pemenang Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-58, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah sebuah rumah sebagai penghargaan daripada kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, untuk tujuan itu, kerajaan juga akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKNIK) bagi urusan mendapatkan rumah yang bersesuaian.

“Memandangkan beliau berasal dari Tanah Merah, mungkin kita akan bagi rumah di kawasan Tanah Merah. Apa pun kami sedang mengenal pasti dan berbincang dengan PKINK untuk dapatkan rumah siap bernilai lebih RM100,000,”katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Menurutnya, proses pemilihan rumah tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dan akan diserahkan kepada Wan Ainuddin setelah semua urusan diselesaikan bersama PKINK.

Beliau berkata, usaha penghargaan dan komitmen ini juga membuktikan kerajaan negeri sentiasa menyokong penyertaan rakyat Kelantan bagi menyertai Tilawah al-Quran dipelbagai peringkat.

-Sinarharian imagef

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment