Penghulu bergabung hadapi NGO Jaringan

webmaster

GUA MUSANG: Seramai 50 penghulu menyatakan bantahan terhadap NGO Jaringan yang dianggap menghasut sekumpulan orang asal supaya mengadakan sekatan.

Mereka yang terdiri daripada penghulu, penghulu tanpa mukim dan penghulu lantikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bergabung di bawah satu badan.

Pengerusi Jawatankuasa Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, ia ditubuhkan pada 15 Januari lalu.

Antara lain tujuan penubuhannya bagi memberi kesedaran kepada orang asal mengenai sekatan dan tuntutan tanah adat yang memberi kerugian kepada golongan itu.

Menurutnya, tindakan yang dipelopori Jaringan Kampung Orang Asli itu gagal diterima masyarakat tempatan yang dilihat tidak memberi sebarang manfaat.

“Kami tidak bersetuju bahkan tidak menyokong kerana tindakan mereka keterlaluan dan kami nampak tidak ada perkara yang boleh dibangga dan menguntungkan.

“Kita meminta kerajaan negeri dan Malaysia agar orang asal bergerak ke depan terutamanya berkaitan pembangunan tanah yang lebih bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan jajahan Gua Musang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusinya, Abdul Ghani Jaafar, Ajom Alang bersama 22 Ahli Jawatankuasa Penghulu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan.

Bidi juga meminta pengamal undang-undang supaya tampil memberi penerangan mengenai Akta Orang Asli bagi mengelakkan dimanipulasi  golongan tertentu.

Katanya, apa yang didakwa Jaringan mengenai sistem perundangan di negara ini sedikit sebanyak mengelirukan.

“Agar dapat memberi penjelasan yang sewajarnya agar kita tidak keliru sepertimana yang berlaku pada hari ini yang dibawa  Jaringan.

“Saya harap ini dapat dibuat supaya orang asli tidak dipermainkan individu tertentu bagi kepentingan mereka untuk menghadapi pilihan raya kelak,” jelasnya.

Selain itu, beliau menyeru semua pihak yang mahu memberi bantuan agar ikhlas dalam usahanya bagi memajukan taraf hidup orang asli bukan memburukkan lagi keadaan.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara menjelang 2020 tidak akan tercapai sekiranya usaha tersebut terus berlaku.

“Kalau situasi ini berlaku memang kita di Kelantan jauh ketinggalan berbanding orang asal yang tinggal di negeri-negeri lain yang lebih maju.

“Sebab itu saya rasa semua NGO terlibat ini lebih fokus kepada bagaimana hendak membantu kita maju kehadapan bukan mengajak tidak maju,” katanya.

Beliau turut menyeru semua penghulu tidak kira ideologi politik dapat bersatu dan bersama-sama memajukan serta membangunkan masyarakat orang asal. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Banjir kedua: Patuhi arahan pihak berkuasa

KOTA BHARU: Berikutan banjir melanda Kelantan kali kedua yang begitu luar biasa, orang ramai diingat mengikut arahan pihak berkuasa. Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, tidak ada siapapun menduga banjir kali kedua melanda negeri itu dengan begitu cepat berikutan hujan yang turut tiada hentinya sejak […]

Subscribe US Now