Penghulu Disaran Utamakan Kepentingan Rakyat dan Kerajaan

KOTA BHARU – Penghulu yang mewakili masyarakat di satu-satu mukim hendaklah sentiasa peka dengan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjaga kepentingan rakyat dan kerajaan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pelantikan Penghulu 2019 dan Pelancaran MPP/MPM/MPKK di Dewan Utama PUTIK dekat sini semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 821 orang penghulu menerima watikah pelantikan Penghulu 2019 yang membabitkan Penghulu Parlimen, Penghulu Mukim dan Penghulu Komuniti Kampung.

Dari jumlah itu seramai 59 orang daripada mereka adalah bukan Islam dan 61 orang penghulu dipilih dari kalangan wanita. Manakala seramai 636 orang sebagai Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negeri.

Empat orang daripada pengerusi MPKK ini adalah wanita yang mana dua orang daripadanya wanita Melayu, seorang wanita berbangsa Cina  dan seorang lagi berbangsa Siam.

Menyentuh tentang tema tahun 2019 iaitu “Pengurusan Ihtirafi Tunjang Kesejanteraan” Ustaz Dato’ Ahmad memberi penekanan kepada ciri-ciri hawariyyun iaitu pendokong setia kepada perjuangan yang suci, berkait rapat dengan pihak yang dilantik semoga semua yang terpilih akan mampu menggalas amanah dengan jayanya.- UPKN KELANTAN 24/1/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment