Penghulu Dun Salor ikrar pertahan ulama

webmaster

KOTA BHARU:Seramai 14 penghulu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor berikrar mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama.

“Insya-Allah kami akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Terima kasih di atas pelantikan dibuat kerajaan negeri,” kata penghulu Kota Jelasin Zainuddin Mohammad. Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan penghulu Dun Salor di JKR 10 di sini, semalam.

Sebelum itu beliau dan rakan-rakan melafaz ikrar penerimaan pelantikan di hadapan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Ketika persidangan Dun Kelantan Mac lepas Adun Salor Datuk Husam Musa mengkritik kerajaan negeri kerana lambat melantik penghulu di Dun Salor.

Che Abdullah berkata biar pun mereka baru dilantik, namun elaun bulanan dibayar bermula Januari lepas.

“Kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan penghulu yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Hadir sama Adun Tawang Datuk Hassan Mohamood, Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamad. – HARAKAHDAILY

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hentikan cerita anak Muay jatuh gelanggang

Penganjur dan peserta terlibat, Saudara Saiful Ariffin (anak Muay) tampil menjelaskan insiden pada Kejohanan Muay Kebangsaan pada 22 & 23 Mac lalu. Utusan Malaysia telah 2 kali melaporkan susulan daripada insiden itu tanpa merujuk kepada pihak penganjur dan Saiful sendiri. Pesan Saiful, “Enough. Saya dan penganjur tiada apa-apa masalah.” Silakan […]

Subscribe US Now