Penghulu dan Ketua-ketua Kampung JAKOA Kelantan meminta orang-orang asli yang masih mendiami blockade di Simpang Petei, Bihai dan Pasik di Gua Musang.
Blockade yang dimulakan di Simpang Petei sejak September 2016 dan telah dirobohkan pada Disember tahun lalu. Namun, selang seminggu blockade didirikan semula di tiga lokasi berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Penghulu dan Ketua-ketua Kampung JAKOA Kelantan, Bidi bin Ronggeng menggesa agar segala permasalahan diselesaikan dengan cara rundingan dan merujuk kepada pihak berautoriti. Tindakan seperti membuat blockade hanya merugikan masa depan orang asli selain memalukan suku Temiar Kelantan.
Tegas Bidi lagi, Jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2017 amat menyokong tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka yang mengingkari arahan pihak berwajib.
“Sekiranya tindakan-tindakan yang akan dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan ke atas mana-mana masyarakat kami yang terlibat dengan sekatan blockade ini, terimalah tuan-tuan dengan seadanya dan berhadapanlah dengan undang-undang,” ujar Bidi yang menyokong penuh sebarang tindakan perundangan yang akan dikenakan.