Penghulu, mualim perlu beri kesedaran pentingnya vaksin

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap penghulu dan mualim (guru agama) yang ditugaskan di kawasan orang asli dapat memberi kesedaran kepada masyarakat itu tentang kepentingan vaksin imunisasi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mengikut maklumat yang diterima pihaknya, majoriti daripada pesakit demam campak dalam kalangan orang asli Bateq itu tidak menerima vaksin kesihatan.

“Kita kerajaan negeri memang sediakan penghulu dan mualim yang dilantik melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk menjaga keperluan dan memberi didikan agama kepada mereka.

“Namun ada juga sikap orang asli ini yang menolak vaksin. Kalau ada yang vaksin pun, mungkin tidak cukup kitaran yang sepatutnya,” katanya selepas merasmikan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) melalui Jabatan Kesihatan diharapkan dapat membantu beri kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menerima suntikan tersebut.

“Vaksin ini sangat penting untuk mengelak peristiwa ini berulang pada masa akan datang. Setakat ini Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai keperluan kepada masyarakat orang asli melalui agensinya dan kerajaan negeri sentiasa membantu apabila diperlukan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, sehingga ini tiada keperluan khas yang dipohon jabatan dan agensi terlibat memandangkan penyakit tersebut memerlukan kepakaran spesifik terutamanya daripada Jabatan Kesihatan sendiri.

“Walaupun begitu, kami bantu juga melalui agensi yang ada dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Cuma kami berharap kita dapat mencegah penularan penyakit tersebut supaya tidak berjangkit kepada masyarakat lain.

“Kita banyak bergerak melalui Jakoa untuk sebarang keperluan dan kita berikan kerjasama penuh kepada mereka terutamanya melibatkan tanah dan kemudahan yang lain,” katanya.- SINAR HARIAN 24/6/2019

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/34135/EDISI/Kelantan/Penghulu-mualim-perlu-beri-kesedaran-pentingnya-vaksin

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM120 juta bajet Kelantan untuk pendidikan

KOTA BHARU: Dianggarkan satu perlima daripada jumlah belanjawan Kelantan setiap tahun diperuntukkan untuk sektor pendidikan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, sebanyak RM120 juta diperuntuk kerajaan negeri untuk tujuan itu. Menurutnya, Kerajaan Kelantan mengutamakan pendidikan kepada rakyat dalam usaha melahirkan insan berilmu, beriman dan bertakwa. Silakan […]

Subscribe US Now