Penghulu, muslimat bantu mangsa banjir

webmaster

DUN Limbongan menyediakan petugas terdiri daripada penghulu, muslimat dan Amilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kamil 1.

Adunnya, Ustaz Mohd Nazlan Muhd Hasbulah, memberitahu, sukarelawan dari Dun Limbongan membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyediakan makanan di pusat pemindahan tersebut.

“Sukarelawan Dun bertugas secara bergiliran tiga shift bagi membantu pihak berwajib ketika menyediakan juadah.“Kami juga menyediakan alatan memasak di pusat pemindahan berkenaan,” ujarnya.

Adun Limbongan juga berberapa kali membuat lawatan ke pusat pemindahan berkenaan bagi memantau perkembangannya.

Beliau juga berkata, setakat ini hanya sebuah sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun Limbongan.

“Kami di Dun Limbongan dalam keadaaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan setakat ini hanya satu sahaja pusat pemindahan dibuka di Dun ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan ucap terima kasih kepada Pulau Pinang

KERAJAAN Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Pulau Pinang kerana mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu rakyat negeri itu yang terjejas dengan bencana tahunan itu. Kata-kata itu diluahkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili kerajaan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti di Dewan Teratai Kota Darulnaim, […]

Subscribe US Now