PENGHULU TANPA MUKIM DIRAI

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU– Kerajaan Negeri menasihatkan kaum Tiong Hwa yang akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari depan agar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat agar penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md. Anizam B. Ab Rahman hadir ke program sesi penyampaian limau dan ang pau sempena Tahun Baru Cina secara pandu lalu (drive-thru) yang bertempat di Kediaman Menteri Besar JKR 10.

Seramai 43 orang penerima hadir ke majlis tersebut yang terdiri daripada penghulu tanpa mukim (Wakil Kaum) dari 45 DUN. Di samping itu, penerima lain terdiri juga daripada penjawat awam dan ahli majlis dari daerah-daerah yang berkaitan.

Turut hadir Pengawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Encik Muhammad Sardi Che Abdul Hadi, Pegawai Khas Hubungan Luar/Antara Kaum Encik Lau Chin Chua, Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) Encik Lim Guan Seng serta pengawai-pegawai Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN).- UPKN KELANTAN 7/2/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PURNAMA HARGAI PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU – Pengorbanan yang tidak ternilai harga oleh petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 telah mendapat penghargaan dan simpati daripada Persatuan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kelantan (PURNAMA). Pada program kali ketiga ini, sumbangan PURNAMA membabitkan 200 orang frontliners yang bertugas di […]

Subscribe US Now