Penghulu wakili PKR di Kelantan diberi peluang

webmaster

KERAJAAN Kelantan masih memberi peluang kepada PKR bagi mengisi jawatan penghulu di 14 kawasan parlimen di negeri ini.

Pengarah Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata, penghulu mewakili PKR tidak dilantik baru-baru ini memandangkan senarai nama lewat diterima.

Katanya, Pengerusi Penghulu Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah meminta supaya surat rasmi dihantar kepada mereka.

“Mereka mewakili 14 Parlimen akan dilantik sebagai penghulu tanpa mukim,” katanya ketika ditemui selepas majlis bersama penghulu dan penyampaian saguhati penghulu bersara di Kota Bharu.

Sumbangan tersebut disampaikan Mohd Amar. Hadir sama pada program di Dewan Teratai Kota Darulnaim itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub dan anggota-anggota Exco.

Baru-baru ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilapor berkata, PKR Kelantan akan melepaskan semua jawatan lantikan politik sepenuhnya menjelang akhir Julai ini. – HARAKAHDAILY 15/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Al-Quran terapi pesakit

KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) menjadikan al-Quran sebagai terapi semasa merawat pesakit, malah hospital mesra ibadah berkenaan yang menyokong Malaysia #QuranHour mengalu-alukan penyertaan orang ramai. Pengarahnya, Dr Selasawati Ghazali berkata, selain perubatan moden, HRPZ II juga turut menyuburkan aspek pengisian kerohanian menerusi baca, faham dan amal […]

Subscribe US Now