Pengikut syiah ditahan akan didakwa

webmaster

KOTA BHARU: Penularan fahaman syiah dapat dihalang di mana kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi mengekang penyebarannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan yang didapati bertentangan dengan agama akan ditahan tanpa mengambilkira latar belakang parti politik.

“Nak kata serius sangat itu tidaklah cuma kita kena bendung dari awal, tetapi penyiasatan tetap dilakukan dan mereka yang ditahan akan didakwa.

“Sebelum ini kita hanya mendengar gerakan penganut syiah tetapi selagi kita tidak boleh buktikan, kita tidak boleh mengambil tindakan,” katanya selepas merasmikan Seminar Bahaya Islam Liberal di Kelantan Trade Center (KTC) di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shahidani Abdul Aziz, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato’ Dr Johari Mat.

Baru-baru ini seramai 50 pengikut syiah ditahan di Jalan Sri Cemerlang bersama naskhah buku yang berkaitan dengan mazhab terbabit.

Ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dilapor hadir pada sebuah markas syiah di selatan Thailand. – HARAKAHDAILY 2/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7955-pengikut-syiah-ditahan-akan-didakwa

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Akibat ‘blockade’ 120 Orang Asli hilang kerja

GUA MUSANG: Seramai 120 ketua keluarga Orang Asli di pedalaman Gua Musang kehilangan pekerjaan sejak sekumpulan suku kaum Temiar mengadakan sekatan (blockade) laluan. Sebelum ini mereka bekerja dengan syarikat pembalakan dan ladang yang terdapat tidak jauh daripada penempatan Orang Asli. Pengerusi Badan Perhubungan Persatuan Orang Asli Se-Malaysia Cawangan Kelantan, Ajom Alang […]

Subscribe US Now