Pengorbanan petugas dihargai kerajaan negeri

webmaster

KERAJAAN negeri menghargai pengorbanan semua pihak bagi menjayakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) kali keempat yang berakhir malam Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Ijtimak, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program peringkat antarabangsa terbabit.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut. Tidak mampu saya senaraikan satu persatu di atas pengorbanan tersebut,” katanya di Kota Bharu.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri turut memohon maaf di atas kelemahan sepanjang program itu berlangsung.

Katanya, ia telah meninggalkan kenangan yang cukup manis dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak.

“Mudah-mudahan Allah mengambil kira usaha ini sebagai bekalan menemui-Nya nanti,” ujar beliau.

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah berlangsung selama tiga hari bermula petang Khamis lepas membabitkan kehadiran 27 wakil gerakan Islam dari luar negara.

Acara kemuncak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dihadiri puluhan ribu. – HARAKAHDAILY 24/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017: Ucapan MP Rantau Panjang

ALHAMDULILLAH, kita sekali lagi mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan tahniah kepada pihak kementerian kerana berjaya mengadakan pindaan terhadap akta yang cukup penting untuk kita memastikan terutama kebajikan kepada institusi keluarga. Satu institusi yang cukup penting dalam membina sebuah negara yang berjaya. Kita mengharapkan dengan pindaan akta ini supaya kita […]

Subscribe US Now