Penguatkuasaan etika berpakaian sopan memelihara masyarakat dan memartabatkan wanita

webmaster

Tindakan penguatkuasaan etika berpakaian sopan dan menutup aurat adalah bertujuan memelihara masyarakat dan memartabatkan wanita.

“Dalam masyarakat yang dah moden, pakaian merupakan sebahagian daripada simbol ketamadunan. Kita pakat-pakat jagalah.

Ini bukan soal denda tapi ini soal respect, dignity dan integriti seorang wanita,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Hajah Mumtaz Md Nawi.

Beliau mengakui langkah itu sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada masyarakat.

yb-mumtaz-pressSejak Kelantan diterajui mantan Menteri Besar, al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, pendekatan mendidik dan kempen menutup aurat giat dijalankan. Bahkan hari ini di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, banyak siri kuliah dan kelas pengajian khusus untuk wanita anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan (UPWK) dijalankan di seluruh negeri.

Justeru tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEIK) berhubung kes berpakaian sopan yang diviralkan sebelum ini tidak sepatutnya menjadi isu.

“Berpakaian sopan ini adalah satu undang-undang kecil dan peraturan di bawah Undang-undang Taman di PBT. Ia bukan hanya berkuatkuasa ketika bulan Ramadan,” jelas Mumtaz menjawab pertanyaan wartawan.

“Cuma saya nampak dah ada sedikit dithering (gentar). Maknanya orang nak pakai pelik-pelik tu fikir dua kali,” tambah Mumtaz mengakui keberkesanan kempen menutup aurat yang dianjur Kerajaan Negeri selama ini.”

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Laluan sehala Wakaf Bharu bermula malam ini

TUMPAT – Laluan sehala sementara dikuatkuasakan jam 12 malam ini bagi melancarkan aliran trafik di bulatan Wakaf Bharu-Kota Bharu. Perubahan laluan itu melibatkan jambatan lintasan rel keretapi di Wakaf Bharu akan dijadikan sehala daripada Tumpat /Pengkalan Kubur ke Bulatan Pasir Pekan. Kedua dua lorong akan dibuka menghala ke Bulatan Pasir […]

Subscribe US Now