Pengurusan Wakaf Che Yeh diambil alih

webmaster

ISU pengutip bayaran parkir tidak berlesen yang berleluasa di Wakaf Che Yeh dijangka dapat diselesaikan setelah kerajaan negeri merancang mengambil alih pengurusan kawasan terbabit.

Sekarang pengurusan bangunan, kedai dan parkir kenderaan diurus Sensa Timur Sdn Bhd berdasar perjanjian sebelum ini. Syarikat itu merupakan pemaju projek di Wakaf Che Yeh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata beliau pernah ke lokasi terbabit dengan kenderaan rasmi diminta bayaran parkir sebanyak lima ringgit.

“Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah, saya terpaksa bayar juga kepada pengutip bayaran parking tidak berlesen itu,” katanya pada majlis dialog dan berbuka puasa bersama petugas media, malam tadi.

Program anjuran Pejabat Menteri Besar itu diadakan sempena iftar. Hadir sama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub, timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota Exco.

Isu pengutip parkir tidak berlesen berlarutan sehingga sekarang biar pun pernah diketengahkan kepada pihak berkuasa.

Malah parkir kenderaan yang diletak di parkir berbayar milik Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam juga dikutip bayaran pihak terbabit pada sebelah malam.

Oleh itu Abdul Fattah berkata kerajaan negeri menerusi MPKB-BRI akan mengambilalih pengurusan di Wakaf Che Yeh.

“Kita sedang berusaha agar syarikat itu dapat menyerahkan semula pengurusan kepada MPKB-BRI,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasir Puteh Sentral kini dapat sambutan

SEBELUM ini ramai peniaga enggan berpindah ke pasar baharu di Pasir Puteh Central biarpun lengkap dengan segala kemudahan. Januari lalu 500 peniaga sepakat untuk terus kekal di Pasar Besar Pasir Puteh biar pun Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengeluarkan notis pindah ke Pasar Besar Pasir Puteh Sentral bermula 15 Januari 2017. […]

Subscribe US Now