Peniaga diberi pilihan henti sementara urus niaga

webmaster

KOTA BHARU: Peniaga kedai makan di Kelantan diberi dua pilihan sama ada menghentikan sementara perniagaan ketika solat tarawih atau sebaliknya.

Dr Izani Husin bersama Menteri Besar di Madinah Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, peniaga diberi pilihan sama ada hendak menutup sementara operasi perniagaan jam 8.30 hingga 10 malam.

Bagaimanapun katanya tiada penguatkuasaan dibuat mengenai cadangan itu.

“Apa yang penting rakyat Kelantan perlu memahami harapan kerajaan negeri untuk melihat Ramadan sebagai pesta ibadat.

“Jadi hasrat penutupan sementara perniagaan perlu dibuat dari sudut positif kenapa ia dicadangkan.

“Rakyat sewajarnya rasa bertuah kerana pendekatan itu diambil bagi menghormati solat tarawih sempena Ramadan sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini tular di media sosial arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri supaya peniaga menghenti sementara peniagaan ketika solat tarawih.

Dr Izani juga berkata, kepemimpinan Kelantan bermula Sultan Kelantan dan pemimpin kerajaan negeri sentiasa meletakkan Islam di hadapan berbanding perkara lain. – HARAKAHDAILY 14/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11043-peniaga-diberi-pilihan-henti-sementara-urus-niaga

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Buku karya MB mampu jadi rujukan

KOTA BHARU: Buku terbaru Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob bertajuk ‘Sains al Quran’ mampu dijadikan rujukan kepada pengemar ilmu berkaitan sains dalam Islam. Pakar bidang etnomantik Prof Dr Mat Rofa Ismail berkata, cetusan ayat-ayat saintifik dalam al Quran’ mengambarkan hubungan antara hujah nakli dan akli. Katanya, dalil tersebut dinyatakan dalam […]

Subscribe US Now