Peningkatan sampah ketara bulan Ramadan

webmaster

KOTA BHARU: Kempen Kelantanku Bersih juga disemarak pada Ramadan bagi memastikan orang ramai membudayakan menjaga kebersihan tanpa mengira masa.

Dr Izani Husin menyampaikan skim beras percuma kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, peningkatan sampah agak ketara pada bulan Ramadan berbanding bulan lain.

“Kita menggerakkan strategi tertentu di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi menangani masalah itu.

“Apa yang penting sekarang ini usaha untuk menyedarkan rakyat menjaga kebersihan perlu diperhebatkan. Antaranya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan,” katanya di sini.

Mulai tahun lepas kerajaan negeri melancar kempen Kelantanku Bersih di seluruh negeri bagi meningkatkan tahap kebersihan.

Aspek kebersihan menjadi tumpuan kerajaan Kelantan bagi penggal ke-14.

Dr Izani juga berkata, aspek kebersihan sentiasa diutamakan dari semasa ke semasa walaupun pada bulan Ramadan.

“Apa yang penting kita perlu merangsang rakyat supaya bersikap lebih baik menjaga kebersihan. Perubahan sikap mesti dilakukan, jika tidak ia tidak akan berubah,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11270-peningkatan-sampah-ketara-bulan-ramadan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB Kelantan lancar buku hala tuju portfolio AMMK Kelantan Melangkah Ke Hadapan (2018-2023)

KOMPLEKS DARUL NAIM: YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan telah selamat melancarkan “Buku Hala Tuju Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Melangkah Ke Hadapan (2018-2023) yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri pada jam 10.00 pagi ini. Pelan Strategik ini akan menjadi panduan dan […]

Subscribe US Now