Penjajahan bentuk baru makin menular

webmaster

PASIR MAS: Ketika usia Malaysia kini mencecah 61 tahun, namun negara berhadapan penjajahan dalam bentuk baru dan halus sehingga mampu menghakis pegangan umat Islam.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penularan fahaman serta gerakan yang bertentangan dengan Islam semakin berleluasa.

Menurutnya, suasana itu bertambah buruk apabila media baru dalam era globalisasi tanpa sempadan menyebabkan penyebaran ideologi itu semakin mudah.

“Menjadi kerisauan kepada kita sekarang, penjajahan datang dalam bentuk yang baru dan halus melalui media baru yang sangat mudah sebar.

“Oleh itu kita perlu berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup dan bernegara supaya kuasa penjajah tidak mudah bertapak,” katanya pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri di Mini Stadium Pasir Mas hari ini.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdulla Ya’kub, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan tempur tanpa senjata dan nyanyian sempena kemerdekaan. – HARAKAHDAILY 31/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7945-penjajahan-bentuk-baru-makin-menular

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan miskin, rakyat pandai: Tun M separuh benar

SAYA bersetuju dengan sebahagian kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini. Menurut beliau (seperti yang dilaporkan oleh portal online Malaysiakini), Kelantan merupakan sebuah negeri […]

Subscribe US Now