Penjawat awam di Kelantan dapat RM500

KOTA BHARU: Seramai 6,600 penjawat awam di Kelantan bakal memperolehi bonus sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.3 juta.

Menurutnya bonus berkenaan diberikan kepada kakitangan awam negeri sebelum Aidilfitri ini.

“Tarikh pembayaran ditentukan pihak pentadbiran, insya-Allah bonus akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya,” ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11162-penjawat-awam-di-kelantan-dapat-rm500

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment