Penjawat awam di Kelantan dapat RM500

webmaster

KOTA BHARU: Seramai 6,600 penjawat awam di Kelantan bakal memperolehi bonus sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.3 juta.

Menurutnya bonus berkenaan diberikan kepada kakitangan awam negeri sebelum Aidilfitri ini.

“Tarikh pembayaran ditentukan pihak pentadbiran, insya-Allah bonus akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya,” ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 21/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11162-penjawat-awam-di-kelantan-dapat-rm500

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan perkenal beras berkat al-Falah

KOTA BHARU: Kelantan memperkenalkan jenama beras berkat al-Falah yang menekankan sukatan satu gantang Baghdadi bersamaan 2.7 kilogram. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Mohd Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, ia dilakukan bagi menguar-uarkan semula kaedah sukatan itu kepada masyarakat Islam. Menurut beliau, usaha […]

Subscribe US Now