Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas RM1,500

webmaster

KERAJAAN Kelantan juga mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar secara berperingkat tahun depan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, insentif tersebut sebagai penghargaan kepada penjawat awam di Kelantan.

Ketika membentang Bajet 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim hari ini katanya, hasil negeri pada 2018 dijangka diperoleh sebanyak RM696.90 juta.Katanya ia meliputi hasil cukai sebanyak RM182.88 juta, hasil bukan cukai RM355.58 juta dan terimaan bukan hasil RM158.44 juta.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan dalam hasil sebanyak RM59.92 juta atau 9.41 peratus berbanding anggaran hasil 2017 sebanyak RM636.98 juta,” katanya.

Menurutnya juga walaupun Bajet 2018 merupakan perbelanjaan defisit yang berjumlah RM41.74 juta berbanding 2017 (RM42.65 juta), namun jumlah itu menurun sebanyak RM0.91 juta berbanding tahun lalu.

Belanjawan 2018 mengekalkan tema meneruskan kecemerlangan pengurusan ekonomi iaitu ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’. – HARAKAHDAILY 20/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penarik beca diberi sara hidup RM1,200

MENGAMBIL kira bebanan yang terpaksa ditanggung penduduk miskin ekoran kenaikan harga barang dan GST, kerajaan Kelantan memperkenalkan beberapa insentif kepada golongan tersebut. Antaranya bantuan sara hidup sebanyak RM1,200 setahun kepada penarik-penarik beca berdaftar. Ia akan dibayar dua kali tahun hadapan. Selain itu mengecualikan cukai pintu premis-premis yang dikenakan cukai RM50 […]

Subscribe US Now