Penjawat awam Kelantan dapat RM500

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran bantuan khas kepada kira-kira 9,000 kakitangan dengan peruntukan lebih RM4 juta itu akan dibuat pada 1 Jun ini.

“Ia (bantuan khas) telah diluluskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini. Walaupun nilainya tidak besar namun kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Ini (penjawat) termasuk bertaraf kontrak dan sambilan serta kakitangan YIK (Yayasan Islam Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. SINAR HARIAN 30/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bulan akidah

BERIBADATLAH di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan perbanyakkanlah amal soleh. Allah menjanjikan ganjaran terbaik melalui ibadah Ramadhan untuk umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam yang dipilih-Nya sebagai umat terbaik. Tetapi, mari bertafakkur sebentar pada sabda junjungan besar al Rasul dalam hadisnya yang sahih: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ […]

Subscribe US Now