PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN MESRAI BUDAYA DIGITAL

webmaster

OLEH NORZANA RAZALY

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama teknokrat yang menitikberatkan pengurusan ihtirafi amat menyedari kerancakan perkembangan teknologi seperti IoT, Cloud, AI, Big Data, Block Chain, RPA, Virtual and Augmented Realities dalam mengharungi era Industrial Revolution (IR 4.0) dan perkembangannya yang mempengaruhi sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik inisiatif pihak Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (BPPD, JPA) yang menganjurkan Program Digital Government and Capability Readiness (DGCCR).

Program berlangsung pada 22 September 2019 bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Darulnaim telah mendapat penyertaan memberangsangkan oleh penjawat awam membuktikan sokongan padu terhadap ucapan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Ismail bin Haji Bakar yang menyatakan bahawa kerajaan sedang giat berusaha ke arah pendigitalan penyampaian perkhidmatan awam, sebagai salah satu cara untuk memastikan sistem yang lebih cekap dan cepat.

Sehubungan itu, kecekapan pegawai awam sentiasa diperkasakan melalui program-program latihan di Institut Latihan Awam mahupun secara dalam talian bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik dan berpaksikan rakyat dapat dilaksanakan secara holistik dengan perbelanjaan kos yang efektif dan optimum.

Menurut Timbalan Pengarah, BPPD, JPA, merangkap Pengarah Program, Encik Ahmad Hassanuddin Afendy Ridzuan, 42, perkembangan teknologi semasa telah banyak mengubah lanskap perkhidmatan awam. Teknologi telah mengubah cara kita bekerja dan menjadikan kita lebih efektif dan efisyen ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Pegawai awam yang berpengetahuan, sentiasa peka terhadap perkembangan semasa terutamanya teknologi digital akan berupaya membawa perubahan secara efektif dan menyumbang ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Ini seterusnya akan memberikan impak yang tinggi terhadap kualiti perkhidmatan dan bertepatan dengan keperluan rakyat,” katanya.

“Itulah hasrat yang cuba kita sampaikan melalui pelaksanaan DGCCR yakni mewujudkan perkhidmatan awam yang future proof bagi menghadapi keperluan Future of Works kerana DGCCR adalah salah satu inisiatif penting Kerajaan dalam usaha untuk menggerakkan pembudayaan digital ini ke seluruh Perkhidmatan Awam,” hurainya.

Beliau turut memperincikan mengenai kebaikan program ini antaranya ialah perkongsian mengenai pelaksanaan Robotic Process Auomation (RPA) yang bertujuan untuk mengurangkan proses kerja yang berulang, mengurangkan masa pemprosesan pengurusan secara manual dan dapat meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan kesilapan manusia (human error). Printis bagi projek ini telah dimulakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IdeaConnect Civil Service adalah satu platform untuk pegawai awam berkongsi idea-idea baharu bagi menghasilkan cadangan berimpak tinggi serta kos rendah dalam penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat serta tugas seharian. Platform ini boleh dimanfaatkan mulai November 2019.

DGCCR pula bertujuan untuk memantapkan kompentensi dan keupayaan penjawat awam yang melibatkan pelbagai skim dan gred dalam usaha menyampaikan Perkhidmatan Digital yang terbaik kepada Rakyat.
Manakala DGCCR Online Learning pula ialah satu platform dalam talian yang digunakan untuk memantapkan kompetensi penjawat awam yang berteraskan Capability Framework DGCCR (Individual Capabilities).

Program sehari tersebut telah dirasmikan oleh YBrs TS Azlina Azman mewakili Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Suhaime bin Mahbar, dan majlis penutup disempurnakan oleh YM. Dato’ Haji Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). – UPKN KELANTAN 24/9/2019

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2468254556742230

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ECRL BERI IMPAK BESAR KEPADA KELANTAN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Kelantan menyambut baik pendirian Kerajaan Persekutuan yang memutuskan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek ECRL memberi impak yang besar kepada Kelantan. Katanya, ECRL adalah […]

Subscribe US Now