Penstrukturan semula skim guru Yik

webmaster

KOTA BHARU: Penstrukturan semula skim perkhidmatan guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) dilaksanakan secara berperingkat bermula April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, seramai 354 guru terlibat dalam proses itu.

Menurutnya, mereka merupakan guru gantian atau sandaran yang diserap kepada status guru berelaun yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.7 juta setahun.

“Selepas ini lantikan guru baru akan terus dilakukan kepada jawatan guru berelaun iaitu seramai 80 tahun ini akan dilantik bagi mengisi kekosongan.

“Usaha ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.9 juta setahun,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Saiful Adli Abu Bakar (PAS-Salor) pada persidangan Dun hari ini.

Pada manifesto Pilihan Raya Umum lalu PAS mengumumkan untuk menaiktaraf guru-guru sekolah Yik dari lima kepada dua kategori skim perkhidmatan. – HARAKAHDAILY 24/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7499-penstrukturan-semula-skim-guru-yik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sambut baik kesediaan Pusat teliti RUU355

SAYA menyambut baik jawapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) kepada pertanyaan lisan oleh YB Marang pada 18 Julai 2018 berkenaan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu Kerajaan Persekutuan sedang meneliti fungsi dan peranan institusi agama dengan memberi keutamaan kepada aspek memperkasa Mahkamah […]

Subscribe US Now