PENSYARAH TERIMA DIPLOMA EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN

webmaster
Majlis Graduasi UMK.

oleh Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Seramai 46 graduan terdiri daripada pensyarah dan pentadbir Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Keusahawanan.

Naib Canselor UMK Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail berkata, mereka merupakan generasi pertama program terbabit yang mula dilaksanakan sejak 2016 di UMK.

“Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais ditawarkan kepada kumpulan pentadbir gred 41 hingga 52 berstatus tetap.

“Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan pula ditawarkan kepada semua staf akademik berstatus tetap serta kontrak.

“Kursus tersebut diwujud bagi memantapkan lagi ilmu keusahawan dalam kalangan kakitangan universiti supaya menjadi pemangkin terhadap hasrat kita untuk menjadi sebuah pusat pengajian berteraskan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Diploma Eksekutif Keusahawanan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, semalam. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/11/pensyarah-terima-diploma-eksekutif-keusahawanan/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JABATAN PERTANIAN TAFSIR KERUGIAN PETANI

oleh Salmah Mat Husain PASIR PUTEH: Pejabat Pertanian Negeri membuat taksiran berhubung kerugian yang ditanggung petani khususnya penanam keledek vitato di Semerak akibat banjir baru-baru ini. Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, borang mengenai perkara itu diedar kepada petani terlibat untuk dibuat bancian. Manakala Jabatan Parit dan Saliran (JPS) […]

Subscribe US Now