Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam : Langkah Tepat Majlis Raja-Raja Melayu (MRR)

webmaster

SAYA menjunjung kasih menyokong langkah Majlis Raja-raja Melayu (MRR) yang telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 30 Julai 2018. Langkah ini merupakan satu langkah yang tepat dalam situasi isu-isu yang melibatkan kepentingan agama pada hari ini telah menjadi pertikaian oleh pihak-pihak tertentu.

Melihat kepada keanggotaan yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam majlis ini, saya penuh yakin bahawa Majlis Raja-raja cukup serius dalam memastikan jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dalam mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan.

Saya juga menaruh harapan agar usaha-usaha untuk memperkasa dan menambah baik institusi Mahkamah Syariah seperti yang diperjuangkan oleh PAS selama ini dapat diberikan nilai tambah dengan adanya jawatankuasa ini.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas

Bertarikh : 30 Julai 2018

https://www.facebook.com/P.022PM/posts/2065929433431567

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Utamakan kebersihan troli, bakul pasar raya

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menuntut kerjasama daripada pengusaha pasar raya di negeri ini supaya memastikan tahap kebersihan troli dan bakul yang digunakan pelanggan berada dalam keadaan optimum bagi menghindari penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kebersihan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, langkah menjaga […]

Subscribe US Now