Penuntut Islam penuhi kehendak pasaran

drannwanseng2KOTA BHARU – Institusi pendidikan Islam digesa melahirkan penuntut yang boleh memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Pengerusi Persatuan Cina Muslim (Macma) Malaysia Kuala Lumpur, Dr Ann Wan Seng berkata, sistem pendidikan Islam pada hari ini dilihat agak ketinggalan, sedangkan kaum Cina meletakkan pendidikan sebagai satu keutamaan.

“Apa yang kita hadapi dalam institusi pendidikan Islam hari ini, ia lebih cenderung berhadapan dengan masalah kewangan dan keadaan ini menunjukkan komitmen terhadap pendidikan masih rendah untuk membangunkan masyarakat Islam.“Kita bukan menolak nilai komersial, sebaliknya ia boleh menjadikan Islam itu berkembang, maka kita perlu melahirkan pelajar yang boleh memenuhi pasaran kerja atau kehendak pasaran kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan 2016 yang mengulas pembentangan kertas kerja Dasar Pendidikan Tinggi Islam – Pengalaman Kolej Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) oleh Dr Shahbudin Ngah.

Wang Seng berkata, beliau turut mencadangkan supaya institusi pendidikan Islam melahirkan pelajar yang mampu menguasai bidang diperlukan oleh masyarakat, bukan sahaja setakat agama, sebaliknya semua bidang contohnya Sains, Ekonomi, Pendidikan Kaunseling dan Sosiologi.

“Kita sebenarnya berada dalam usaha perkasakan sistem pendidikan silam terutama pengajian tinggi kepada umat Islam yang dilihat ketinggalan yang diterokai bukan Islam kerana orang Islam tidak meletakkan pendidikan sebagai satu keutamaan berbanding bidang lain.

“Kita ambil contoh, orang Cina mengutamakan pendidikan sebab itulah mereka boleh memberikan semangat dan membantu sekolah jenis Cina tanpa bergantung kepada dana kerajaan, makan kita sepatutnya berbuat kebaikan seperti itu yang dituntut Islam,” katanya.- WARTAWAN SINAR HARIAN 6 OKTOBER 2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment