Penyelia Dun bersih rumah mangsa banjir

webmaster

KETEREH: Mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas bernasib baik apabila mendapat bantuan segera Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan pejabat Penggawa.

Seramai 132 daripada 30 buah keluarga ditempatkan di Politeknik Kota Bharu ekoran rumah ditenggelami air bah.

Nik Mahadi berkata, pihaknya menyampaikan bantuan termasuk makanan, membantu pemindahan dan membersihkan kediaman penduduk terbabit.

Katanya kerja-kerja pembersihan dilaksanakan Jabatan Amal PAS Kawasan dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (Mesra).

“Pengalaman banjir besar pada 2014 banyak memberi pengajaran serta pengalaman sebagai kaedah untuk menghadapi banjir dan bencana lain.

“Jadi atas komitmen kita, mangsa banjir kelihatan seperti berpuas hati terhadap bantuan serta khidmat yang kita berikan,” katanya ketika ditemui ketika gotong royong membersih rumah penduduk di Taman Mustafa Kok Lanas di sini petang ini.

Turut hadir Pengawa Daerah Ketereh, Zulkarnain Deraman dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Kok Lanas Abu Bakar Ibrahim.

Katanya juga Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kok Lanas bertindak membantu dan mengurus keperluan mangsa banjir yang dikelolakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan negeri bersama Kafa cari penaja

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan tidak pernah timbul dalam perbincangan sebelum ini mahu mengambil alih pengurusan The Red Warriors atau Kafa. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri hanya sedia bersama Kafa mencari penaja bagi membolehkan bersaing dalam Liga Malaysia tahun […]

Subscribe US Now