Penyokong PAS sedia pertahan Dun Salor

webmaster

KOTA BHARU: Cakna rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor yang diadakan di Kampung Surau di sini mendapat sambutan luar jangkaan penduduk tempatan.

Situasi tersebut menggambarkan ahli dan penyokong PAS bersedia mempertahankan Dun Salor pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Pengarah Program, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, lebih 600 penduduk hadir pada program yang dirasmikan Penyelaras Dun Salor Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan seperti kaunter aduan dan tindakan, pertunjukan silat, persembahan rebana uni dan pertunjukan biri-biri cantik.

“Kita tidak menjangkakan sambutan program ini sehingga melebihi jangkaan, lebih 600 penduduk hadir dalam suasana sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut pagi tadi yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Isteri Menteri Besar, Datin Zabidah Abdul Hamid.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Dun Salor, Ibrahim Isa; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Mohamad Daud Omar; Ahli Jawatankuasa PAS, Wan Sharafi Wan Mustaffa; Setiausaha MTD Dun Salor, Hasan Ibrahim dan penghulu-penghulu  Dun Salor.

Pada program itu seramai 40 anak yatim menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 dan beg sekolah serta lebih 80 penduduk menerima skim Takaful Kifaalah.

Pada majlis itu juga, seramai tiga pasangan diraikan dalam program az-ziwaaj dan penyerahan kunci kepada penerima dua rumah  Dhu’afa.

Dun Salor yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU lepas kini bertukar kepada PAN selepas wakil rakyatnya Datuk Husam Musa menyertai parti serpihan terbabit. – HARAKAHDAILY 10/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Matang dan sejahtera dakwah yang dibawa Rasulullah ﷺ

PERUTUSAN USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438 بسم الله الرحمن الرحيم قال الله تعالى: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi […]

Subscribe US Now