Perakan kecam Pengerusi SPR

webmaster

TUMPAT: Gara-gara mengaitkan rakyat Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur sebagai kaki kelab malam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun terus menerima kecaman.

Terbaharu Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) akan menghantar memorandum bantahan kepada pengerusi SPR terbabit.

Presiden Perakan, Ir Hamdzah Abd Rahman berkata, Jawatankuasa Teknikal Perakan sedang merangka draf memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Azhar.

Katanya, memorandum itu sebagai bantahan terhadap kenyataan pengerusi SPR yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di Kuala Lumpur sebagai ‘kaki kelab malam’.

“Sebagai seorang Pengerusi SPR sewajarnya beliau lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah dan Pungutan Derma Pusat Tarbiyah Dun Pengkalan Kubor, dekat sini kelmarin.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10446-perakan-kecam-pengerusi-spr

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kembali semula peruntukan perkapita SAR

KOTA BHARU: Sekarang dianggap masa terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengembalikan semula peruntukan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2002. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, bantuan itu dihentikan perdana menteri sekarang ketika menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, setelah […]

Subscribe US Now