Perakan Serambi Kelantan

Kota Bharu –Sinonimnya Kelantan dengan jolokan Serambi Mekah, maka Perakan atau Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia sesuai digelar Serambi Kelantan.

pres-perakanDemikian cetusan oleh Presiden Perakan, Ir. Hamdzah Abdul Rahman di hadapan ribuan tetamu di Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama Anak-anak Kelantan di perantauan.

“Kelantan ini dikenali sebagai negeri Serambi Mekah. Jadi tak salah kalau saya sebut Perakan ni ialah Serambi Kelantan.

Sebabnya kita yang berada di luar tu yang in sya Allah menerang, menunjuk, membuktikan segala dasar-dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang sejak puluhan tahun kita letak ni direalisasikan dan ditunjukkan di luar,” seru Ir. Hamdzah kepada hadirin.

Warga Kelantan di perantauan umpama duta atau ejen maklumat kepada Kerajaan Negeri. Justeru, kerjasama di kalangan perantau amat dialukan bagi menjaga imej dan nama baik Kerajaan Negeri di luar Kelantan.

Saban tahun Kerajaan Negeri mengadakan majlis meraikan anak-anak Kelantan di perantauan dan kali ini ia dilangsungkan di Kompleks Kota Darulnaim, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.

pimpinanMajlis yang dihadiri ribuan anak perantau turut diraikan YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, YB Timbalan Menteri Besar, Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat, barisan Exco dan selebriti kelahiran Kelantan seperti Mustapha Kamal, Bok Lokman, Nora dan suaminya Johan Nawawi serta ramai lagi.

Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama Anak-anak Kelantan di perantauan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan).

(Visited 8 times, 1 visits today)

Add Comment