Perangi dadah di sempadan

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyokong penuh arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) buat Polis Kelantan bagi meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, malah cadangan untuk membuat kawalan ketat di sempadan itu sentiasa disokong pihaknya namun bidang kuasa penguatkuasaan tersebut adalah di bawah seliaan Kerajaan Pusat.

“Semua anggota penguat kuasa di sempadan itu di bawah Kerajaan Pusat.

“Kami sentiasa sokong, tiada masalah dan menetapkan KPI itu juga sangat baik,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan Ahmad Zahid yang mahu Polis Kelantan menggandakan usaha siasatan dan pengawasan ‘jalan-jalan tikus’ di sekitar kawasan sempadan negara yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan dadah.

Ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk membina benteng dan merobohkan jeti haram, Mohd Amar memberitahu, perkara tersebut perlu diperincikan dan dirundingi bagi memastikan aktiviti sosial masyarakat antara dua negara masih dapat diteruskan.

Malah beliau berkata, benteng boleh dibuat memandangkan tanah rizab sungai adalah 20 kaki dan kemungkinan tidak melibatkan banyak kawasan pemilikan orang ramai di kawasan tersebut.

“Jeti haram itu tengoklah nanti, kalau dah kuat kuasa, kita akan tengok macam mana, cuma nak roboh dengan tiada maklumat jelas memang tak boleh. Kita juga tak boleh halang orang bergerak, mereka ada keluarga di sana dan di sini.

“Tapi cadangan daripada pihak keselamatan, kita boleh kerjasamalah, boleh fikir lagi langkah yang perlu untuk kawal, sebelum ini masa timbalan perdana menteri datang pun kita beritahu buat pagar itu baik, tapi jangan tutup terus.

“Jeti ini semuanya bergantung pada pengesyoran pihak keselamatan, nak jawab sekarang ini tidak boleh juga,” katanya.[SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dr Zakir Naik diundang ke Ijtimak Antarabangsa

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia kali ke-4 turut mengundang tokoh perbandingan agama tersohor dunia, Dr Zakir Naik. Selain itu bekas perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh, penasihat agama kerajaan Brunei dan pemimpin gerakan Islam Indonesia. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sehingga semalam seramai 24 tokoh agama dan pemimpin gerakan […]

Subscribe US Now