Perangi dadah habis-habisan: MB Kelantan

webmaster

TANAH MERAH – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mahu kerjasama dari semua pihak dalam usaha menangani gejala penagihan dadah di negeri ini.

Ahmad berkata, kerjasama ini bukan sahaja di peringkat negeri malah perlu melibatkan penglibatan luar bagi memastikan dalang yang melakukan kegiatan pengedaran dapat dikenal pasti.

“Seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan, beliau menyatakan kebimbangan mengenai isu itu yang melibatkan kegiatan berkenaan termasuk murid sekolah rendah secara berleluasa dan perlu ditangani.

“Jika kita lihat, kegiatan ini berleluasa kerana pengedarannya dan bekalan dadah sintek dan ketum bukan berasal dari Kelantan namun diedarkan secara meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Hari Belia Negara dan Pameran Ekspo Belia Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di sini hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri turut menekakan kepada exco-exconya supaya memberi perhatian kepada tiga perkara termasuk dalam menghadapi masalah sosial, selain isu melibatkan sumber asli untuk diproses dan masukkan ke dalam industri tempatan dan isu kebersihan.

“Jadi dalam soal berkaitan dadah, kita perlu tangani bersama bagi memastikan gejala ini tidak terus membelenggu anak muda.

“Dadah sintetik merupakan antara yang menjadi kegemaran kini yang boleh merosakan sistem saraf maka kita perlu lancar perang seperti perang candu yang sebelum ini pernah berlaku di negara China suatu masa dulu dan usaha ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan Pilihan Raya Kecil Sandakan, Sabah, beliau berkata, pihaknya belum menerima makluman dari PAS Pusat mengenai calon dari pihak parti itu yang bakal bertanding.

“Setakat ini kita belum terima apa-apa dan kita serahkan keputusan kepada pihak terbabit,” katanya.- SINAR HARIAN 28/4/2019

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25613/EDISI/Kelantan/Perangi-dadah-habis-habisan-MB-Kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelancaran tabung Madinah Ramadhan 1440H buka platform sumbangan orang ramai

DATARAN ILMU KOTA BHARU: YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan merasmikan pelancaran tabung Madinah Ramadhan bagi tahun 1440H. Majlis pelancaran tabung Madinah Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Madinah Ramadhan sebagai platform amal, yang mana dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menderma […]

Subscribe US Now