Perantau jadi duta kecil

TUMPAT – Rakyat Kelantan yang berada di perantauan adalah duta kecil kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, amat bermakna kepulangan perantau sempena Aidilfitri ini kerana mereka akan mendapat maklumat yang jelas apa yang berlaku di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

“Banyak fitnah yang di dengar anak perantau di luar sana, misalnya Pas sudah tidak mendapat sokongan lagi.

 “Dengan kepulangan anak perantau di kampung halaman masing-masing, mereka akan mendapat maklumat yang sahih.
 ” Jadilah duta untuk menyebarkan maklumat yang sahih ini kerana apa yang didengar oleh mereka bahawa Pas tiada sokongan lagi adalah fitnah semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis rumah terbuka di kediamannya di Kampung Alor Pasir di sini, hari ini.

Beribu-ribu pengunjung membanjiri kediaman Ahmad sejak jam 11 pagi  dihadiri pelbagai kaum.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berkata, terima kasih kepada rakyat yang hadir di rumah terbuka kerana dengan kunjungan ini dapat mengeratkan silaturahim.

“Masa saya amat terhad untuk kawasan Dun Pasir Pekan, tetapi dengan kehadiran rakyat kira-kira 2,000 ini mengembirakan saya.

Menurutnya, Pas juga dapat kekalkan hubungan antara kaum sama seperti pemerintahan di bawah bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila kehadiran rakyat bukan Islam tetap sama seperti dulu pada majlis rumah terbuka ini.- SINAR HARIAN 26/6/2017

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment