PERANTAU KELANTAN TERJEJAS PENDAPATAN SEPANJANG PKP DIBANTU

webmaster

oleh Norzana Razaly

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan tetap cakna terhadap kebajikan rakyatnya walau di mana mereka berada.

Melalui platform Unit Hubungan Seranta, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) berkolaboratif dengan Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (PERAKAN Malaysia), Kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan wang dan keperluan asas untuk warga Kelantan di Lembah Klang yang terjejas pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac hingga Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Ustaz Dato’ Panglima Perang Hj. Nassuruddin Daud meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan tersebut kepada 98 daripada 126 penerima yang hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 Zon Lembah Klang di Pejabat Operasi Hubungan Seranta, semalam.

Beliau meningatkan para penerima sumbangan supaya bersabar dengan ujian Allah SWT dan jangan merungut.

“Nabi SAW sebut orang mukmin ini, Tuhan buat pelik. Semua yang berlaku ke atas diri orang mukmin kalau kena cara dia dapat kebajikan. Mukmin yang ditimpa musibah, dia bersabar maka dia mendapat kebajikan daripada Tuhan. Kalau dia dapat nikmat, dia bersyukur, dia dapat kebajikan juga. Syukurlah walaupun sedikit. Kalau kita merungut, tidak kiralah pemberian sesiapa pun ertinya kita telah kufur nikmat dan Tuhan akan tarik.

“Kita kena yakin sesungguhnya dengan kesusahan itu adanya kemudahan. Dua kali Tuhan sebut di dalam Al-Quran. Kenapa? Kerana Nabi SAW sebut, Tuhan beri susah satu. Mudah, Tuhan beri dua. Maknanya macamana susah sekali pun tetap menang kepada kemudahan”, pesannya.

Sementara itu, Setiausaha PERAKANITA Malaysia, Ustazah Zulianee Abdullah berkata, penerima dipilih berdasarkan kriteria anak Kelantan yang bukan ahli PERAKAN Malaysia dan menginap di Lembah Klang.

Tambahnya, calon-calon penerima dipilih setelah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui pautan saluran iklan yang disediakan oleh pihak PERAKAN Malaysia bermula 4 Jun dan tamat pada 20 Jun 2020.

“Sasaran tertumpu kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat diberhentikan kerja, tidak dibayar gaji, diberikan cuti tanpa gaji atau gaji pokok dipotong melibatkan sektor usahawan kecil seperti berniaga sendiri di pasar malam, pasar tani, pasar pagi dan “up town”.

“Tidak terkecuali pemandu teksi, pemandu LIMO, pemandu grab, pengusaha bas sekolah dan pengasuh kanak-kanak di tadika dan Pasti.

“Seramai 28 penerima tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana bekerja, balik kampung dan tiada kenderaan, pihak PERAKAN Malaysia akan menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan kepada baki penerima bantuan”, ujarnya.

Turut hadir, Presiden PERAKAN Malaysia, Ir Hamdzah Abdul Rahman dan para Ahli Jawatankuasanya serta Pegawai Hubungan Seranta UPKN, Ahmad Fawwaz Mohamed.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gua Musang Peluang Baharu Kelantan

  oleh Nik Azman Nik Mustafa GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) berpotensi menjadi PBT bertaraf Perbandaran kedua di Kelantan selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sesuai dengan pungutan hasil pendapatan sebanyak RM 13,324,000.00 tahun 2019 berserta dengan pembangunan yang semakin pesat ketika ini pada masa […]

Subscribe US Now