Perasmian Kelantan Art And Culture Festival

KOTA BHARU– YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan ketika mewakili YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bagi merasmikan Kelantan Art and Culture Festival (KACF) yang diadakan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

KACF ini berlangsung selama 3 hari bermula 22 sehingga 24 Mac 2019. Program anjuran Kerajaan Negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan diadakan bagi mempersembahkan seni dan kebudayaan tradisional dan moden disamping menjalankan aktiviti bagi menarik kedatangan pelancong.

Pelbagai acara diadakan melibatkan kebudayaan masyarakat yang ada di negeri ini dan diselitkan dengan persembahan seni tempatan dan moden, Bual Bicara Usahawan Seni, ‘Creative Talk’, Deklamasi Puisi, KACF ‘show case’, Pameran dan Jualan dan pebagai aktiviti lagi.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan YBM Tengku Laksamana Kelantan dan YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan, YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, ADUN Chempaka, Encik Aidil Afizie Daud, Pengarah MOTAC Kelatan, Encik Mohamad Raizuli Mat Jusoh, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan dan para penggiat seni seluruh Kelantan.– 22 Mac 2019

(Visited 53 times, 2 visits today)

Add Comment