Perbadanan Petroleum urus pendaratan gas

KOTA BHARU: Langkah Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan tidak menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk menubuh Perbadanan Petroleum Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebaliknya agensi tersebut berperanan bagi mendaratkan semula minyak dan gas dari perairan Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri bersedia berbincang dengan kerajaan pusat untuk menyediakan sebarang kemudahan serta infrastruktur berkaitan.

“Kita bukan sahaja hendak menuntut hak royalti kita, tetapi perbadanan itu akan kita usahakan berfungsi untuk mendaratkan minyak dan gas di pantai Kelantan.

“Melalui perbadanan tersebut kita boleh bincang banyak perkara walaupun royalti itu akan dibayar, tetapi kita bersedia dan terbuka untuk ke meja rundingan,” katanya ketika ditemui selepas majlis meraikan kedatangan Imam Besar Masjid al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri ke Kelantan di Kediaman Menteri Besar di sini semalam.

Turut hadir Speaker Dun, Dato’ Abdullah Ya’kob; anggota-anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Mumtaz Mat Nawi. – HARAKAHDAILY 25/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8516-perbadanan-petroleum-urus-pendaratan-gas

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment