Perkhidmatan Bas Cityliner Dijangka Beroperasi Semula Esok

webmaster

kl-cityliner_b038KOTA BAHARU – Perkhidmatan bas henti-henti Cityliner dijangka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok selepas 19 laluannya dihentikan semalam.

Jurucakap Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) Transliner, yang menguruskan pengangkutan awam itu di Kelantan, berkata keputusan berkenaan dibuat selepas Konsortium Transnasional Berhad memberi jaminan menyuntik dana bagi memastikan bas Cityliner dapat beroperasi semula.

SKMK Transliner merupakan syarikat yang menguruskan bas henti-henti Cityliner di Kelantan di bawah Konsortium Transnasional Berhad.

Perkhidmatan itu dihentikan sementara sejak semalam berikutan kos operasi yang tinggi.

“Kita memang sudah berusaha supaya perkhidmatan di laluan yang dihentikan dapat kembali beroperasi seperti biasa. Paling lewatpun mungkin awal pagi esok.

“Apa yang kita kesali pemberhentian sementara perkhidmatan bas di 19 laluan itu menyukarkan orang ramai khususnya pelajar yang terpaksa mengeluarkan modal lebih besar untuk ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kenyataan media semalam, Konsortium Transnasional Berhad berkata tindakan memberhentikan perkhidmatan itu diambil berikutan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi kerana tidak lagi menerima dana daripada kerajaan.

Jurucakap itu berkata seramai 100 pemandu turut ‘direhatkan’ untuk sementara waktu sehingga operasi bas kembali pulih.

— BERNAMA

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Orang ramai perlu waspada beriadah di Sungai Golok

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihati pengunjung yang beriadah di Sungai Golok agar sentiasa berhati-hati terutama mereka yang membawa kanak-kanak. Pengarahnya, Azmi Osman berkata walaupun keadaan sungai berkenaan kering sehingga menyebabkan beting pasir timbul di tengah sungai, pengunjung perlu berwaspada kerana berkemungkinan terdapat lubang atau […]

Subscribe US Now