Kota Bharu – penyusuan ibu adalah kewajipan untuk setiap ibu, namun ia tetap ada batas akhlak yang perlu di pelihara, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Beliau berkata, meskipun seseorang ibu untuk mempunyai hak untuk menyusukan bayi mereka, namun mereka harus menjaga aurat dan perilaku di khalayak ramai.
“Nak menyusukan bayi di tempat awam, boleh.. Tapi, tengok pula pada tempatnya. jangan main “hentam” sahaja seperti Di stesen bas atau tempat terbuka
“Cari tempat sesuai dan guna kain tudung menyusu atau apa-apa kain yang boleh menutup aurat. Jagalah tingkah laku sebagai seorang wanita,” katanya ketika di hubungi.
Ditanya mengenai perkongsian ibu muda yang menyusukan bayi dan memuat naik gambar di laman sosial sehingga menjadi viral dan dikecam hebat, Mohamad Shukri berkata. ia sepatutnya dijadikan momen eklusif antara ibu dan anak.
“Walaupun tidak nampak aurat, namun jika ia boleh mengundang kepada keburukan, elakkan. wanita islam perlu menjaga tatasusila dan adab agar tidak menimbulkan sebarang fitnah.
Untuk membuat sesuatu perkara, kita perlu pertimbangkan adakah ia menjurus ke arah kebaikan atau keburukan. sekiranya ada keburukan dalam kebaikan itu, maka tak usahlah ,” katanya
Menurutnya peraturan akhlak islam berjalan di mana-mana sahaja dan gambar-gambar yang boleh meninmbulkan fitnah serta membuka aib tidak perlu dijadikan bahan tontonan umum.
– Sinar Harian