Perlu kajian cadang buka sempadan 24 jam

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh sebelum melaksanakan cadangan untuk membuka pintu sempadan 24 jam antara Malaysia dan Thailand.

Sebaliknya Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berpandangan undang-undang serta kawalan yang dilakukan pihak berkuasa sekarang sudah memuaskan.

Beliau berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan mempunyai kelengkapan serta penguatkuasa yang mencukupi untuk membuat kawalan sehingga 24 jam.

“Saya rasa cadangan ini perhalusi lagi supaya kita dapat benar-benar dapat mengawal kedatangan pendatang asing selepas 12 malam.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita menegaskan keperluan satu kajian melihat kebaikan atau keburukan, malah kita sentiasa menyokong perkara baik dan menolak benda buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8537-perlu-kajian-cadang-buka-sempadan-24-jam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan tarik pelaburan RM2.4 bilion

KOTA BHARU: Sehingga Oktober tahun ini Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.4 bilion, kata anggota Exco kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pelaburan tersebut termasuk projek penanaman sayur di Gua Musang melibatkan kos RM40 juta, projek hidro elektrik di Gua Musang (RM106 […]

Subscribe US Now