Perlu kerjasama pusat bangun ekonomi rakyat

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) diharap terus membantu Kelantan bagi membangun ekonomi untuk manfaat rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus berkata, pihaknya berharap kerajaan PH memberikan kerjasama serupa seperti kerajaan BN sebelum ini.

Katanya, kerajaan BN sebelum ini menyalurkan peruntukan membina pelbagai projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

Antaranya Medan Ikan Bakar (MIB), Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPCC) di Pengkalan Chepa dan Pasar Baru Berek 12.

“Cadangan projek dan permohonan peruntukan dibuat kepada Kementerian Kewangan. Kerajaan negeri menyediakan tanah dan peruntukan pula melalui Kerajaan Persekutuan,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra CEO Kumpulan PKINK bersama media dan serahan sumbangan sosial korporat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud. – HARAKAHDAILY 13/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7768-perlu-kerjasama-pusat-bangun-ekonomi-rakyat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mesyuarat Exco bincang Pengerusi MSN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan terlebih dahulu tawaran pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan pada mesyuarat Exco. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub terlebih dahulu. Katanya, ia perlu dibincang bersama-sama […]

Subscribe US Now