PERLU SEBAB RESTORAN OPERASI LEBIH 12 MALAM

webmaster

KOTA BHARU: Peniaga kedai makan yang ingin meneruskan jualan melebihi jam 12 malam perlu mengemukakan surat permohonan kepada Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pada masa yang sama permohonan itu perlu dinyatakan sebab yang munasabah kenapa kedai mereka perlu beroperasi selepas jam 12 malam.

Katanya, bagi tempoh dua bulan ini kerajaan negeri masih memberi ruang kepada peniaga yang hendak mengubah masa jualan sehingga jam 12 malam.

“Ini kerana ada sebahagiannya beroperasi sampai jam 2 pagi,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2020 di Dewan Bunga Kota Darul Naim hari ini.

Tahun lepas kerajaan negeri merancang menghadkan operasi restoran sehingga jam 12 malam bagi mengurangkan gejala sosial. – HARAKAHDAILY 7/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/07/perlu-sebab-restoran-operasi-lebih-12-malam/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

STRATEGI LAUTAN HIJAU: INOVASI KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERKOS KECIL, BERIMPAK BESAR.

oleh Norzana Razaly Kebijaksanaan adalah aset termahal tidak terbayar dek mata wang dunia kecuali pahala di negeri akhirat. Lebih menguntungkan, barakah kebijaksaan boleh terus dinikmati oleh semua pihak secara langsung di dunia lagi. Maka manusia cerdas yang memiliki akal budi dan budi bahasa (fakulti intelektual, emosi dan spiritual) bertahap tinggi […]

Subscribe US Now