PERNAH DIKEPUNG PEMUDA TAHAN LASAK

webmaster

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Bukan mudah untuk PAS bangkit seperti yang ada sekarang, berdepan tribulasi perjuangan tidak sedikit.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pernah ketika hadir berceramah, terpaksa membawa gergaji.

Katanya, gergaji digunakan untuk memotong batang pokok yang ditebang Pemuda Tahan Lasak Umno.

“Pernah saya sendiri dikepung oleh 30 orang ketika menghadiri ceramah di Rantau Panjang. Saya hanya tiga orang sahaja pada masa itu.

“Alhamdulillah, saya diselamatkan oleh Tuan Guru Harun daripada kepungan Pemuda Tahan Lasak,” katanya.

Menurutnya juga kerjasama dengan Umno seperti yang berlaku sekarang bukan perkara baru.

Kata beliau, pada 1973 kerjasama dengan Umno pernah dijalinkan sehingga membentuk kerajaan campuran.

Namun, kata beliau ada pemimpin PAS yang tidak bersetuju sehingga mereka mewujudkan PAS Bersatu.

Pengerusi Assabiqun Malaysia, Haji Subky Latif berkata, perhimpunan hari ini untuk berkongsi pengalaman dengan orang lama. – HARAKAHDAILY 5/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13484-pernah-dikepung-pemuda-tahan-lasak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ASSABIQUN IKRAR DUKUNG TAAWUN SIYASI

OLEH ASLANI M | FOTO ABU KHALIFAH KOTA BHARU: Ribuan kalangan Assabiqun melafazkan ikrar bagi mendukung taawun siyasi yang dipelopori PAS dan Umno demi menyatukan orang Melayu dan Islam. Lafaz ikrar itu diketuai Pengerusi Assabiqun Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria di hadapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato Bentara […]

Subscribe US Now