PERSATUAN SUKAN AKUR PAKAIAN PATUH SYARIAH

webmaster
Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berucap merasmikan kursus kenegaraan sekolah Yik.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Lima persatuan sukan di Kelantan menyambut positif syarat kerajaan negeri yang meminta semua atlet memakai pakaian patuh syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, lima persatuan sukan terbabit mereka menyambut baik syarat yang dikenakan.

Katanya, setiap atlet yang akan beraksi sama ada sukan bola sepak, takraw, hoki dan sebagainya wajib memakai pakaian sukan patuh syariah.

“Alhamdulillah hasil pertemuan dengan pihak mereka baru-baru ini, wakil-wakil persatuan akur dan positif berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Kursus Kem Kenegaraan pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Yik (Bahagian Sekolah), Ustaz Che Kamaruddin Kamil dan pengarah program Ustaz Harun Ismail. – HARAKAHDAILY 4/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13474-persatuan-sukan-akur-pakaian-patuh-syariah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

LEBIH 2,000 SERTAI HARI ASSABIQUN MALAYSIA

OLEH ASLANI M KOTA BHARU: Lebih 2,000 anggota Assabiqun dari seluruh negara berhimpun di Dewan Majlis Ketereh Perbandaran Islam hari ini bagi menyertai Hari Assabiqun Malaysia. Mereka yang pernah menjadi pemimpin PAS sebelum ini termasuk bekas wakil rakyat kelihatan hadir. Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam penuh sesak sehingga melimpah […]

Subscribe US Now